Tuesday, May 12, 2009

Semanis Kurma ~ Air mata ibu...

Malam tadi memang kepala ada sedikit pusing. Pusing manja² minta hubby tolong picit². Kebetulan pula BIL datang singgah bermalam di rumah. Dia memang suka tengok tv9. Kalau harap kitorang memalam gitu selalu buka channel omputih je macam star movie... HBO atau AXN. Paling dianggap bagus kalau buka tv3 atau ria. Masa tu slot semanis kurma yang di hostkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.
Alkisahnya tetiba terperhatikan Shiera anak Aznah Hamid... berkisahkan tentang pengorbanan ibunya. Hati jadi sebak teringat ibu sendiri. Tetiba ustazah pun tanya kat seorang tetamu yang hanya dikenali dengan Atikah. Dia seorang ibu tunggal yang sudah 3 kali berkahwin. Dia memang dah lama terpisah dengan anaknya dan ditakdirkan bertemu semula. Anaknya yang bekerja sebagai anggota keselamatan kalau tak silap sama ada polis atau tentera.

Dan pada suatu hari anaknya memaksa ibunya melayan nafsu binatangnya. Sebab apa patut digelar binatang... sebab dia dah tak kenal emaknya sendiri. Memang tak dinafikan dari susuk badan ibunya masih lagi cantik. Dari sipi² pun memang nampak ada rupa orangnya. Kejadian itu berlarutan tapi hanya berlaku ketika si anak pulang bercuti. Hinggakan si anak menggunakan kekerasan seperti mengacu pisau atau menumbuk. Si ibu pernah berjumpa ketua atau pegawai di mana tempat anaknya bekerja.

Dan diakhir episod... si ibu telah menyumpah si anak sekiranya si anak tidak memohon maaf darinya si anak akan ditimpa kemalangan. Ustazah dah Ustaz seperti tergamam. Ustazah tersebut mohon si ibu untuk menarik balik apa yang dikatakan kerana apa yang didoakan dari mulut ibu adalah mustajab dan Allah akan kabulkan. Tapi si ibu ini tadi tetap tidak berganjak dengan pendiriannya kerana dia terlalu terluka dengan perbuatan anaknya itu.

Sebelum itu ada seorang caller kalau tak silap namanya Encik Ahmad. Sebak pula dengar pengakuannya. Tapi apapun kalau dengar first time rasa macam tak patut pula Pn Atikah tu menyumpah anaknya... tapi difikirkan semula... kalau ditempatkan diri sendiri memang hancur luluh la hati. Walau anak minta maaf sekali pun rasanya memang tak dapat dimaafkan.

Masa mak cujie datang masa cuti sekolah hari tu... mak ada cerita pasal semanis kurma ni. Rasanya inilah kot yang mak tengok tu...

No comments: