Sunday, January 31, 2010

Kek Kuali AKA Pancake

Dah berkurun lama semenjak tengok Boys over Flowers teringin pula nak makan pancake ni. Hanya orang yang tengok Boys over Flowers ini sahaja yang tahu kehebatan pancake. Tapi bukan disebabkan cerita itu sahaja... bila melakukan kerja ziarah blog yang pasti blog cute mute yang satu tu... ternampak mommy to be dok tayang pancake bentuk kepala mickey mouse.

Timbul disitu perasaan nak buatkan satu untuk ahmad haikal dan alesha. Jadinya semalam masa tengah surf net teringat nak cari resepi pancake. hahaha siap google tu resepi padahal macam buat lempeng orang melayu juga la kiranya. Cujie mengaku yang cujie ni kira ok ok je dalam bab masak memasak ni. Kalau suh buat bahulu pun cujie tak reti. Harap maaf!

Lepas maghrib ajak hubby pi bintang... jauhkan nak cari bahan² untuk buat pancake ni siap pergi bintang nasib tak ke bulan. Kat rumah adalah tepung gandum. Yang takde serbuk penaik dan pancake syrup. Hah ingat hari tersebut hari sabtu sila bawa non woven bag sendiri kalau tak mahu bayar duapuluh sen... dan mahu selamat dunia untuk anak² kita nanti.

Cumanya kalau dah TERpegi ke market harus beli la bukan dalam list. Ambil milo... downy... susu segar sekotak... adalah dalam 7-8 barang semua sekali RM100++. Bila tengok orang yang penuh troli cuma RM200++. Hish geram... ingat cashier salah kira ke hape. Pelik benar menda sangat yang diambil. Heh! Duit macam air... cuma bil air kitorang je free.

Jadi pagi tadi... tada... terjadi la pancake cujie... nom nom sedap...

ini untuk ahmad haikal... tapi seperti biasalah anak cujie bukan tekak mat salleh. Tak habis pun dia makan yang tetap dicarinya ialah roti phrata.
ini untuk cujie... gulp banyaknya...
Ok puan² sekalian saya rajin plak masak hari ni... menu of the day udang masak sambal & sayur campur. Puas hati masak sendiri kan...

Wednesday, January 27, 2010

Petua dari Nanny Cujie

Tengok anak membesar dengan sihat adalah kebanggaan parents. Jika membesar dengan sihat itu tandanya parents mereka menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Cukup khasiat vitamin A hingga Z diberi... tapi kalau dah nak kena sesuatu penyakit tu walau tolak dengan jentolak pon tak kan dapat menolaknya. Hish kuat sungguh bakteria itu.

Kiddos lately nih batuk dan selsema plak. Rimas betul tengok diorang batuk dan selsema... kesian kadang batuk tetengah malam jadi tidur pun agak terganggu. Nak lagi kalau hasil selsemanya tu dok meleleh je. Naik geram... plak tu kalau dah selsema automatik kena batuk punya.

Kat sini saya nak kongsi rahsia dan petua kalau tak mahu tidurnya terganggu serta mempercepatkan baiknya batuk dan selsema itu.

Petua untuk Batuk

1. Minyak Bawang
Pernah dengan minyak bawang ni... ini dari kecik lagi pakai kalau batuk tetengah malam. Mak akan buat buat dan sapukan ke dada. Hasilnya 100% terjamin akan lega dan boleh tidur lena. Akan tetapi baunya yang paling tak tahan... memang tak best langsung.
Sebelah utara... minyak bawang kalau dicampurkan dengan bawang putih dan lada hitam disertakan dengan doa² itu dipanggil minyak celak. Biasanya mak kampung akan buatkan untuk cucunya yang baru lahir. Sapu pada celah-celah kulit seperti di belakang telinga, armpit, celah peha. Eh eh ini kena cerita dalam next entry la untuk apa semua minyak celak tu.

Kita fokus pada minyak bawang dulu... minyak bawang ni senang je nak buat. Hanya perlu bawang merah yang segar kalau boleh dapatkan bawang tunggal takde anak² bawang yang menempel di kiri dan di kanannya... tumbuk gunakan lesung dalam 2-3 kali jangan sampai hancur dan tuangkan sedikit minyak masak. Dan gaul rata dan boleh digunakan serta merta.

2. Vick Vaporub
Selain minyak bawang, vicks juga dapat membantu. Hanya sapu pada kedua-dua belah telapak kaki dan sarungkan stokin. Ini sangat berkesan 100% walaupun Canada Research council telah mengkaji kemujaraban vicks ini digunakan untuk melegakan batuk.
Ini berbeza dengan kanak-kanak yang makan ubat batuk... dengan hanya sapukan vicks sahaja. Kanak-kanak dapat tidur nyenyak.

3. Pepsi twist + air suam
Hah ini pun petua juga tau dari Doc lagi. Sila beli pepsi twist dan tuangkan separuh dalam gelas. Tak kiralah gelas itu putih atau merah mahupun coklat sekalipun. Gelas tidak memberi kesan dalam petua ini. Kemudian tuangkan air suam dalam gelas yang sama yang sudah pun berisi pepsi twist tadi. Akhir sekali minum la air tersebut.

Petua untuk selsema

1. Kunyit
Rasanya ramai dah tahu pasal ni. Sapukan kunyit atau nama saintifiknya Curcuma domestica (Val.)/Syn: Curcuma longa di batang hidung anak yang selsema. Kalau boleh sapu la pada sebelah malam. Biasanya belah malam ni hidung tersumbat dan boleh buat diorang mengamuk. Lagipun takde la nampak hidung belang kuning diorang. Hehe...
Selain tu sapu sikit vicks kat baju diorang... jangan pi sapu direct kat hidung atau dada. Kulit diorang sangat halus walaupun berumur 4-5 tahun. Sedangkan kita pun rasa pedih dan panas inikan pula anak kita. Cujie pun pernah tunjukkan vapour rub untuk kanak-kanak dulu. Bau strawberry lagi... cari je kat farmasi yang berdekatan di rumah anda. Jangan lupa bawa duit sekali eh.

Walaupun adanya petua di atas jangan la tak bawa anak anda ke klinik. Bawa juga jumpa doktor... mana tau sakit lain. Kita tak minta tapi kita cegah. Ok... selamat mencobaaaa...

Friday, January 15, 2010

Hamil luar rahim ancam nyawa

Ujian ultrasonografi di bahagian pelvis akan memberitahu kedudukan sebenar fetus.

Kandungan luar rahim atau istilah perubatannya kehamilan ektopik merupakan satu proses patologi yang amat jarang berlaku. Ia terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus.

Kandungan seumpama ini merupakan ancaman kepada nyawa si ibu kerana ia berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak serta koyakan tisu.

Kes seperti ini berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya dalam kebanyakan kes kandungan di luar rahim, telur tersebut tertanam di dalam tiub fallopio atau ovari. Kadangkala terdapat juga keadaan di mana telur tersebut melekat dalam ruang abdomen.

Kehamilan jenis ini merupakan keadaan perbidanan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Jika telur yang akan berkembang menjadi embrio tertanam di luar kawasan uterus, maka secara logiknya ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk membesar.

Bukan itu sahaja, embrio tersebut juga tidak mendapat khasiat yang mencukupi untuk tumbesaran serta pembangunannya.

Tiub fallopio terlalu sempit untuk fetus yang membesar dengan pesat, jadi besar kemungkinan boleh terjadi kerosakan serta koyakan pada tisu di kawasan tersebut.

Bila itu terjadi maka pendarahan akan berlaku dan mengancam nyawa wanita tersebut.

Penyebab kandungan luar rahim

Wanita yang pernah mengambil rawatan kesuburan dan stimulasi proses ovulasi mempunyai risiko lebih tinggi untuk terjadinya kandungan luar rahim.

Sejarah pernah menghidapi penyakit radang pelvis juga meningkatkan risiko kandungan luar rahim kerana kesan penyakit tersebut menyempitkan saluran fallopio.

Keadaan itu menyebabkan telur yang subur terhalang untuk menerusi saluran fallopio dan terus ke uterus. Apa saja pembedahan yang pernah berlaku di kawasan fallopio meningkatkan risiko kandungan luar rahim.

Endometriosis juga adalah salah satu punca risiko kandungan luar rahim.

Simptom kandungan luar rahim

Sebenarnya susah untuk tentukan kandungan berada di luar rahim terutama ketika usia kandunganmasih awal.

Rasa sakit yang dialami oleh wanita seperti dicucuk pada bahagian abdomen atau pelvis, merupakan tanda pertama kandungan luar rahim. Simptom lain ialah tekanan luar rahim, rasa loya, mual atau pitam.

Pendarahan pada vagina juga merupakan simptom biasa kandungan luar rahim. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom seperti yang dinyatakan, anda patut segera menghubungi doktor kerana kemungkinan boleh berlaku pendarahan dalaman.

Koyakan pada tiub fallopio biasanya diikuti dengan simptom pendarahan, kesakitan yang ketara dan parut pada formasi tisu.

Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan reproduktif wanita dan mendatangkan komplikasi jika ingin hamil pada masa hadapan.

Diagnosis kandungan luar rahim

Kandungan luar rahim biasanya didiagnosis pada minggu kelapan hingga 10 kandungan. Pada hari pertama kejadian uri akan terhasil hormon yang menyekat ovari dari menghasilkan telur seterusnya, sekali gus menghalang proses untuk mengandung kali kedua.

Biasanya kandungan luar rahim akan dapat dikesan menerusi sejenis hormon yang dipanggil krionik dan progesteron yang terkandung dalam darah.

Jika berlaku kandungan di luar rahim biasanya hormon krionik dalam darah akan menurun.

Ujian ultrasonografi di bahagian pelvis akan memberitahu kedudukan sebenar fetus dan tentukan sama ada kandungan berlaku di luar rahim.

Ujian laparoskopi juga membantu untuk menentukan lokasi kandungan sebenar. Jika kandungan ektopik tidak berakhir dengan keguguran, doktor akan memberikan ubat untuk mengeluarkan uri.

Ubat tersebut hanya akan diberikan pada kandungan luar rahim yang telah dikesan di peringkat awal.

Manakala pembedahan pula akan dilakukan sekiranya kandungan sudah agak lama.

sumber : utusan malaysia 14 Januari 2010.