Sunday, December 20, 2009

Rajinnya masak

Ala baru 2-3 hari ni je masak... ntah tetiba je ada mood terlebih sikit. Ingatkan semalam nak goreng bihun tapi tak jadi sebab ada lauk lebih tak habis lagi. Sebelah malamnya pula macam malas nak makan tambahan hubby kena kerja lebih masa. Itu tandanya lebih wang lalalalala... itu alasan sebab semalam agak down sikit untuk masak.

Hari Jumaat lagi dah dengar khabar kononnya my SIL nak bermalam di rumah. Diorang dalam perjalanan nak ke Melaka. Puas ditunggu... namun tak kunjung tiba. Hubby bagitau yang mereka tak jadi... mungkin hari Sabtu selepas kenduri on da way balik ke Kulim mereka nak singgah. Cujie pun tertunggu juga... kalau betul berdesup la cujie ke dapur kononnya nak berperang dengan kuali nak goreng bihun. Tunggu punya tunggu pon tak sampai². Hubby bagitau diorang nak stay lama sikit kat Port Dickson & Melaka. Maybe hari Isnin diorang akan bertamu.

Tapi dari malam tadi tak lena tidur teringin nak makan bihun goreng buatan sendiri. Bila terjaga pun masih berkeinginan yang sama. Lepas je mandikan kiddos... siap dah dengan bahan. Tambah sotong dan ayam sikit. Mesti bertambah enaknya... yihu! Heheh cukup rasa... selalunya kalau goreng bihun tak berapa reti nak agak nak bubuh garam. Akhirnya makan kena tambah kicap untuk bagi berasa. Dah terror la ni... tak sabar nak tunggu hubby balik keje... nak bagi rasa. Dia kerja juga hari Ahad... murah rezeki. Kiddos pon makan banyak... walaupun agak pedas sikit. Kejap² minum air.

Lepas makan bihun... terpandang keropok durian. Tangan pun automatik capai... masa tengah buat entry ni pun masih juga ngap ngap keropok durian. Weh keropok durian ni dah lama dah... dari kecik lagi dah ada. Kalau ikut mak pergi kedai... mak mesti belikan satu. Tak dibaginya beli keropok lain bila dah pandai beli sendiri... asyik beli keropok bon bon je... pernah makan? Ala keropok yang penuh kejutan tu... bila buka je plastik mesti dok cari toys apa yang dapat. Wuih... pastu baru boleh makan keropok dia yang sedap tu. Hah Alesha pun suka la juga dengan keropok durian... kita kongsi tau Alesha.

No comments: