Monday, December 21, 2009

PPUM

Petang tadi kami bergegas ke PPUM. Memang sejak dapat tahu hati resah gelisah kalau tak ke PPUM. Dari hari Sabtu lagi dah dapat khabar berita tersebut. Tapi sebenarnya itu dah kira jadi 2nd home buat mereka. Ini dah tahu mestilah kena tengok. Kalau orang sakit kita kena pergi ziarahkan... bukannya boleh main telefon je tanya khabar. Hari ini hari diorang... esok lusa entahkan kita plak. Dapat tahu lagi kebetulan diorang nak datang melawat cujie hari sabtu lepas, tapi hari sama diorang terpaksa bergegas ke emergency ward.

Masih ingat lagi adik hazeq. Kali ini dia dimasukkan ke wad kerana kekurangan protien. Habis bengkak² muka dan badan. Berselirat dengan drip dan antibiotik. Nak cakap kesian macam tak sampai hati. Sebak tengok Hazeq... sungguh pun begitu mulutnya ringan. Ramah! Macam Lin (mak hazeq). Cuma tak berkesempatan nak jumpa Lin tadi. Sebelah siang Faizal ambil giliran jaga Hazeq dan sebelah malam Lin akan temankan anaknya. Kalau dulu Hazeq ada rambut tapi sekarang habis luruh.

Memang banyak sangat bebudak yang leukimia kat wad tu. Tak sanggup tengok. Mampu doa je diorang supaya kuat dan cergas macam kanak² yang lain. Kadang kita kena selalu pergi tempat² macam ni supaya dapat tingkatkan keinsafan dalam diri. Kena selalu ingat kalau kita sedang kesusahan ada ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Nasib baik kat luar wad ada sediakan playground untuk bebudak ni. Tidaklah ganggu patient² kecil nak berehat.

No comments: