Tuesday, December 22, 2009

Kulim peeps @ KL

Seperti mana diberitahu dalam entry lepas akhirnya orang Kulim yang on d way balik ke Kulim dari Melaka singgah ke Petaling Jaya. Lebih kurang jam 11.30 mlm sis in law call kata dah sampai kat tol sungai besi. Hubby pun bergegas turun untuk ambil mereka. Agak lama juga cujie dirumah menunggu. Rupanya hubby call 3 kali sebab memikirkan nak ke arah kedai perabot selepas tol sungai besi tu kalau dari rumah kami ni. Hehehe… walaupun cujie tak pandai drive tapi i’m like a GPS for him. That is why we both really need each other… kekeke sila jangan muntah. Tahan nafas seme… kalau cujie pandai berdrive uih jauh dah kot kaki melangkah.

Alhamdulillah selamat sampai pada pukul 12 tengahmalam diteratak buruk kami. Bilik tamu dah siap kemas tinggal tidur je. Tapi sembang² plus Fathnin moody katanya takmo tidur rumah pakngah dan makngah nya ni. Dia kalau boleh nak balik Kulim malam tu juga. Padahal dialah yang siang malam asyik nak pergi rumah Ahmad Haikal. Bila dah sampai takmo plak. Bila dah bersiram basahkan badan sebelum tukar baju tidur barulah dia ok. Amir ok je... bagi gegula sugus dan kuih bangkit je pastu dia tekun dok kunyah cikedis.

Pagi tadi bersarapan lontong import khas dari sec. 14. Jangan makan hati la ye sesiapa yang teringat² lontong sec. 14 ni. Sebungkus RM5 siap ada paru dan sotong. Memang dah terkenal. Kalau sesiapa yang teringin tu senang je nak pergi. Pastikan datang awal je kalau tidak jenuh la kamu semua beratur panjang. Food court tu bebetul sebelah Digital Mall di tingkat 2. Kedai dia hanya jual lontong dan nasi lemak sahaja. Cubalah!

Lepas je breakfast diorang bersiap dah nak balik. Kejap je pun singgah. Ni terus ke Kulim, kalau rajin diorang nak singgah Cameron Highlands dulu. Harap diorang tak serik datang… next time sudilah lagi ke rumah Ahmad Haikal dan Alesha.


1 comment:

women's health care said...

It is a great post and helping out poor kids is a great job. I am sure the post will be help to promote the idea.