Thursday, December 17, 2009

Curious kids need to be tough inside

Untuk membantu tumbesaran kanak-kanak kita perlu menitikberatkan kesihatan mereka. Bagaimana untuk menjaga kesihatan mereka secara 100%. menjaga kesihatan mereka samalah juga seperti kita menjaga keselamatan mereka. Kanak-kanak yang sedang membesar memang sangat aktif. Mereka masih belum tahu yang mana kebaikan dan mana satu keburukan. Ini kerana 2 tahun pertama adalah suatu tempoh yang penting kerana ketika inilah perkembangan otak berlaku. Jadi sebagai ibubapa atau penjaga, andalah orangnya yang perlu membantu mereka. Beberapa tip dibawah boleh dijadikan panduan.

1. Kanak-kanak yang sudah pun bercerai susu daripada ibunya perlu meneruskan minum susu. Jadikan satu tabiat minum susu 2-3 kali sehari.

2. Elakkan makan ringan. Makanan ringan sangat tidak digalakkan kerana tabiat itu tidak sihat. Dalam jangkamasa panjang kekurangan zat atau obesiti boleh berlaku.

3. Memperkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada mereka. Pastikan setiap hidangan makanan perlu ada buah-buahan yang memang kaya dengan zat dan vitamin.

4. Guna makanan kaya zat besi, seperti bijian, bijirin yang diperkaya zat besi, dan daging.

Walau bagaimanapun, menggalakkan dan mengamalkan kebersihan diri yang baik adalah seiring dengan langkah-langkah ke arah mencegah jangkitan seperti polio, kancing gigi, campak dan cacar air. Pastikan langkah-langkah pengimunan untuk membantu mencegah jangkitan yang biasa ini.

Selain itu galakkan mereka untuk sentiasa bersenam. Bermain diluar adalah suatu yang sangat digalakkan.

Hari ini Friso memperkenalkan Friso® Gold 3 (1-3 tahun) dan Friso® Gold 4 (3-9 tahun) untuk para ibu membantu menjaga kesihatan anak-anak mereka. Jadi dengan adanya Friso® Gold ia melengkapkan keperluan yang bersesuaian dengan cara hidup sihat ibu-ibu di negara ini dengan Frisoshield ™ with P2 Dual System™

Frisoshield ™ with P2 Dual System™ adalah kesinambungan kunci nutriennya bersama kebaikan Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan anak anda kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Selain itu mengandungi DHA, AA, SA dan keperluan nutrien lain untuk membantu perkembangan tumbesaran kanak-kanak secara keseluruhannya.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web friso.


1 comment:

Juice said...

info camni memang berguna, walaupun juice belum kawin and belum ada anak tapi juice suka bace info camni sebagai persediaan.