Monday, November 23, 2009

Operation Theater

Nurse yang dua orang yang menghantar cujie ke OT telah menyerahkan cujie kepada seorang nurse yang memang menunggu kehadiran kami. Sesama mereka menukar-nukar dokumen untuk ditandatangani. Setelah itu cujie ditukarkan ke katil yang disediakan tanpa bangun. Mereka mengangkat cujie.

Cujie pun dimasukkan dalam kawasan menunggu untuk masuk salah satu bilik bedah yang ada. Sangat sejuk sekali di dalam kawasan tersebut. Dilihat ada seorang budak yang baru dikuaratinkan... nurse yang ada menemani budak lelaki tu. Dalam 5 minit kemudian budak tersebut diusung keluar. Datang seorang doctor yang mengatakan dia seorang doctor pakar bius. Dia akan menemani cujie disepanjang operation dijalankan.

Mungkin cujie dah tak mampu senyum... dicuitnya pipi cujie sambil berkata 'senyumlah sikit suziana'. Ramah sekali doktor bius yang berbangsa cina tu... dia pon comel! Langsung cujie diusung masuk ke dalam bilik 6... bertambah sejuk dalam bilik itu. Nurse yang ada masing-masing mempunyai kerja mereka... ada yang sibuk sediakan perkakasan... ada yang periksa lampu. Ada yang sedang siapkan cujie... didepangkan tangan di tempat yang disediakan.

Pakar bius tu menekup hidung cujie dengan oksigen... dimintanya cujie sedut dalam-dalam dan hembus melalui mulut... sebanyak 10 kali. Sambil tu cujie dapat pujian... good girl... pandai suziana... heheh macam anak tadika rasanya. Habis amik nafas 10 kali... pakar bius pon cakap 'Sekarang Suziana... saya bagi ubat tidur ya...' sambil dia menekan picagari kedalam tiub yang bersambung dengan drip. Serta merta mata tertutup tidak sedar lagi.

Pakar bius tu tetiba mengejutkan cujie... sambil berkata 'Ok suziana... betul ya etopic pregnancy... kita dah buang tiub sebelah kanan'. Cujie plak sedar terus kata nak pergi toilet sebab tak tahan nak terkencing. Nurse pun cecepat tak kasi cujie bangun. Diorang pon cakap cujie dah dipakaikan drain beg. Ish ngilunya!!! Memang rasa nak terkencing je.

Memang tak larat nak buka mata... apatah lagi nak angkat tangan. Berat sangat! Ntah berapa lama dikuarantin... cujie disorong semula ke wad O&G. Tidur sampai esok pagi... tapi yang pasti ada doktor datang periksa keadaan cujie. Masa sampai semula di wad berkenaan hampir pukul 11.30mlm. Nurse cakap lama cujie di OT.

Pagi lepas subuh dah ada doktor tengok lagi... disuruhnya cujie minum air masak dulu.. kalau ok boleh minum air manis. Kalau tak muntah boleh makan bubur. Sebelum tengahari dalam pukul 11pagi macam tu ada seorang doktor yang minta cujie mengiring ke kiri ke kanan. Luruskan kaki dan bengkokkan kaki. Cujie pun cakap cujie asyik nak terbatuk je. Dia ajarkan macamana nak buang kahak, kalau tidak dibuang boleh demam. Selain itu, dia tanya samada cujie dah kentut atau sedawa. Dah tu dia minta cujie bangun perlahan-lahan dan juntaikan kaki ke tepi katil. Dalam 5 minit dah buat macam tu... dimintanya cujie berdiri dan duduk dikerusi. Semua ni dengan bantuan doctor tersebut juga. Cujie diminta untuk duduk di kerusi sampai pukul 12tgh. Sambil duduk dok exercise tiub bebola.

Cujie stay di HKL sampai hari rabu pukul 4 petang. Pagi rabu tu juga... doktor yang buka plaster. Nurse pon ajar macamana nak jaga luka. Doktor dah terangkan cujie masih berpeluang mengandung lagi. Tetapi chances untuk etopic lebih berisiko. Jadi bila dapat tahu pregnant kena buat pemeriksaan dengan cepat. Cujie pon tidak dibenarkan mengandung dalam masa 6 bulan ini. Jadi kena ambil alat cegah hamil... injection atau impanon atau pil. Erm...

So mana satu nak guna ni...

11 comments:

ChAm@CiDa said...

baik2 juga nurse kat HKL tu kan cujie.. harap cujie lekas sembuh.. cida doakan dari jauh.. amin

NadiahKhair said...

hi cujie,
nad baru dpt tau biter nih. teruk betul nad smpi kawan sakit pun xtau.

take care ye cujie. maybe ade rahmat disebalik ape yg berlaku. semoga rezeki anak cujie dimurahkan ALLAH.

btw, psl birth control. nad rekemen cujie try inject depo dulu. injection nih every 3 months. kalau kat LPPKN murah je xsilap nad. rm5 ke rm25 mcm tuh. efek die almost sama mcm implant but at least kalau xsuai ngn kite after 3 bulan tuh xyah ambik lagi try cara plak. kalau implant nak bukak balik a bit rugi sbb mahal kan.

setakat nad pernah try depo..selera makan sama, period masih ok n xde side effect lain. sama gak ngn implant. but then again, benda2 nih terpulang pd badan org jugak. ade yg xserasi. but pd nad, injection nih the best bet lah for the mean time. at least kalau nak try pregnant again, xyah tunggu lama.

Takecare again ya cujie. kene pntg mcm bersalin jugak lah nih? :D

Hugs and kisses to haikal and alesha.

aldrina said...

cujie take care...pantang elok2...tak pe lah..nak buat camner takde rezekikan... boleh try lagi next time...

Cujie said...

cida,

itulah nurse HKL memang terhutang budi... baik je layanan mereka. Tak macam dulu...

nad,

injection pon elok kan... 3 bulan sekali je. Lebih murah berbanding amik pills. Insyallah dah baik dah kuat... bolehlah ke klinik amik.

Yanie,

thanks... yanie pon kena jaga kesihatan dan kandungan. Cujie pon risau juga dgn kandungan yanie kali ni...

armouris said...

info tentang alat cegah kehamilan kat sini - Alat Cegah Kehamilan Makin Canggih

Nina Rizwina said...

alhamdulillah..cujie dah selamat operate..takpe la cujie..pasni jaga kesihatan baik2..takut plak nina bc kisah cujie ni..nina pun risau gak ni..makan pil pencegah..br2 ni mcm ada bleeding coklat2 skit..tak berani nak gi cek..huhuh..

Cujie said...

nina darling,

tu ah memacamkan... nina amik pil perancang eh. cujie mula ingat nak amik pil tapi rasanya cujie nak cuba untuk injection dulu.

Ezrina - A wife and a mummy of two said...

Ya Allah Cujiee...
erin pun sama..tertinggal ketapi sungguh....mintak maaf sangat2 sbb bila bukak blog Cujie je...dah jauh ketinggalan pasal Cujie sakit ni...

Erin harap Cujie sihat seperti sediakala... Erin sentiasa doakan yg baik2 utk Cujie kay....

Cujie said...

terima kasih erin. It's ok... cujie pon dah makin sihat. Tapi tulah orang kata bersalin normal better la dari operate. sungguh sakit... nak jaga pon susah...

J u l i a 。.゜✿ said...

babe, cegah sendiri je yang.. lebih selamat. dok guna alat alat cegah hamil ni.. aiseh..

makcik ju dulu pakai mende iud tu.
meninggal. cancer kat rahim. padahal roots family kami takda sorang pun yang cancer.. =(

rupanya iud tu salah pasang ke hapa.. something macam tu lah, then jadi internal bleed.

makcik ju tu ingat darah yang keluar hitam2 tu benda biasa lah.. period ke hapa.. tapi lama sangat sampai setahun.

haaaa dok berubat kampung..
tak baik jugak.
pastu pergi doc.. check sekali luka tu dah jadi cancer lah.. coz tak baik2 selama setahun..

so cegah sendiri je lah cujie. implanon ngan memacam lagi ubat tu, seksok tua.. boleh wat tulang reput ke hapa. hmm i read bout that somewhere lah.

take care !

Cujie said...

julia mommy to be,

dulu after dapat ahmad haikal memang rancang sendiri... hehehe

rancang sendiri ni kena percaya kat roomate tu secara total. kalau idak hujung bulan lewat sikit gabra tak tentu hala. kekeke...