Wednesday, November 25, 2009

Setinggi Penghargaan

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi ambil berat tentang diri ini.

List berikut sebenarnya hanya list sahaja... tiada priority kerana memasing adalah tetap no. 1 dalam hati ini. Di mana kala susah mereka ada di samping cujie.

1. Doktor dan nurse di HKL terutamanya di bahagian emergency (out patient) zon hijau, zon kuning dan zon merah, wad O&G serta bilik bedah am.

2. Suami yang tercinta... I love U

3. Kaum keluarga

4. Kawan-kawan (kawan opis, kawan masa belajar, kawan PCM... eh janji yang kawan ngan cujie la)

5. Bibik - yang mana jaga anak cujie siang dan malam... kena kasi extra la bulan ni... sebagai tanda terima kasih.

Yang terlibat secara langsung dan tidak langsung... semuanya cujie ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. I love u all!!!

Monday, November 23, 2009

Operation Theater

Nurse yang dua orang yang menghantar cujie ke OT telah menyerahkan cujie kepada seorang nurse yang memang menunggu kehadiran kami. Sesama mereka menukar-nukar dokumen untuk ditandatangani. Setelah itu cujie ditukarkan ke katil yang disediakan tanpa bangun. Mereka mengangkat cujie.

Cujie pun dimasukkan dalam kawasan menunggu untuk masuk salah satu bilik bedah yang ada. Sangat sejuk sekali di dalam kawasan tersebut. Dilihat ada seorang budak yang baru dikuaratinkan... nurse yang ada menemani budak lelaki tu. Dalam 5 minit kemudian budak tersebut diusung keluar. Datang seorang doctor yang mengatakan dia seorang doctor pakar bius. Dia akan menemani cujie disepanjang operation dijalankan.

Mungkin cujie dah tak mampu senyum... dicuitnya pipi cujie sambil berkata 'senyumlah sikit suziana'. Ramah sekali doktor bius yang berbangsa cina tu... dia pon comel! Langsung cujie diusung masuk ke dalam bilik 6... bertambah sejuk dalam bilik itu. Nurse yang ada masing-masing mempunyai kerja mereka... ada yang sibuk sediakan perkakasan... ada yang periksa lampu. Ada yang sedang siapkan cujie... didepangkan tangan di tempat yang disediakan.

Pakar bius tu menekup hidung cujie dengan oksigen... dimintanya cujie sedut dalam-dalam dan hembus melalui mulut... sebanyak 10 kali. Sambil tu cujie dapat pujian... good girl... pandai suziana... heheh macam anak tadika rasanya. Habis amik nafas 10 kali... pakar bius pon cakap 'Sekarang Suziana... saya bagi ubat tidur ya...' sambil dia menekan picagari kedalam tiub yang bersambung dengan drip. Serta merta mata tertutup tidak sedar lagi.

Pakar bius tu tetiba mengejutkan cujie... sambil berkata 'Ok suziana... betul ya etopic pregnancy... kita dah buang tiub sebelah kanan'. Cujie plak sedar terus kata nak pergi toilet sebab tak tahan nak terkencing. Nurse pun cecepat tak kasi cujie bangun. Diorang pon cakap cujie dah dipakaikan drain beg. Ish ngilunya!!! Memang rasa nak terkencing je.

Memang tak larat nak buka mata... apatah lagi nak angkat tangan. Berat sangat! Ntah berapa lama dikuarantin... cujie disorong semula ke wad O&G. Tidur sampai esok pagi... tapi yang pasti ada doktor datang periksa keadaan cujie. Masa sampai semula di wad berkenaan hampir pukul 11.30mlm. Nurse cakap lama cujie di OT.

Pagi lepas subuh dah ada doktor tengok lagi... disuruhnya cujie minum air masak dulu.. kalau ok boleh minum air manis. Kalau tak muntah boleh makan bubur. Sebelum tengahari dalam pukul 11pagi macam tu ada seorang doktor yang minta cujie mengiring ke kiri ke kanan. Luruskan kaki dan bengkokkan kaki. Cujie pun cakap cujie asyik nak terbatuk je. Dia ajarkan macamana nak buang kahak, kalau tidak dibuang boleh demam. Selain itu, dia tanya samada cujie dah kentut atau sedawa. Dah tu dia minta cujie bangun perlahan-lahan dan juntaikan kaki ke tepi katil. Dalam 5 minit dah buat macam tu... dimintanya cujie berdiri dan duduk dikerusi. Semua ni dengan bantuan doctor tersebut juga. Cujie diminta untuk duduk di kerusi sampai pukul 12tgh. Sambil duduk dok exercise tiub bebola.

Cujie stay di HKL sampai hari rabu pukul 4 petang. Pagi rabu tu juga... doktor yang buka plaster. Nurse pon ajar macamana nak jaga luka. Doktor dah terangkan cujie masih berpeluang mengandung lagi. Tetapi chances untuk etopic lebih berisiko. Jadi bila dapat tahu pregnant kena buat pemeriksaan dengan cepat. Cujie pon tidak dibenarkan mengandung dalam masa 6 bulan ini. Jadi kena ambil alat cegah hamil... injection atau impanon atau pil. Erm...

So mana satu nak guna ni...

Sunday, November 22, 2009

Di hari lahir = Hari Operation

Menjelang tengahari selepas makan tengahari... para doktor sekali lagi buat check up keatas patientnya yang makin hari makin ramai. Apabila sampai giliran cujie... doctor nak buat sekali lagi scan. So tunggu jelah turn kena scan ni... yang kebetulannya bilik scan bebetul berdekatan dengan katil cujie.

Ada 3 orang doc yang mentelaah keputusan scan cujie waktu tu... kemudian salah seorang doc yang macam Bangladesh... tapi good looking la... dia jelaskan yang dalam uterus cujie dah kosong. Gestational sac yang pada mulanya kelihatan kini sudah tiada... scan melalui vagina juga berkeputusan yang sama. Dia juga jelaskan blood test yang dibuat menunjukkan hormon pregnancy cujie tidak berganda menjadi dua. Iaitu cujie masih mengandung tapi tak tahu lagi di mana gestational sac itu berada dan ianya tidak normal. Jadi laparoscopy perlu dibuat... akan tetapi jika tidak berjaya laparotomy akan dibuat sekiranya pendarahan berlaku atau fallopian tube sudah pecah dan perlu dibuang.

Doc jelaskan dan cujie diperlukan untuk menandatangani beberapa helai kertas iaitu consent untuk operation dan blood transfer sekiranya perlu. Doc juga terangkan risiko pembedahan tersebut. Kemudian doc minta hubby datang ke hospital. Kemungkinan operation akan dijalankan dalam 2-3 jam lagi. Doc Michael dah minta nurse untuk pindahkan cujie ke acute cubical serta merta.

Nurse pun sudah sibuk menguruskan hal berkaitan... ini dikira emergency operation. Sekali lagi cujie dimasukkan drip dan diminta untuk berpuasa untuk 6 jam sebelum operation dilakukan. Ini bermakna cujie masih ada 4 jam lagi untuk ke OT.

Hubby sampai bersama Ahmad Haikal... masa tu hati berdebar hingga senyum pun rasa tawar. Hubby suruh beristighfar banyak-banyak. Mohon dipermudahkan semuanya. Dan lebih kurang dalam pukul 6 petang... nurse dah minta salinkan baju untuk ke OT... masa ni Ahmad Haikal sambil menjerit 'hati-hati ummi... elok-elok jalan tu... bilik air licin'... masa keluar dari bilik air pun dia berpesan yang sama. Cujie diminta berbaring di atas katil yang disediakan... dipakaikan topi... diselimut... masa tu nak senyum memang tak larat. Sangat takut...

Mulalah cujie diusung ke OT... sambil ditemani hubby dan Ahmad Haikal... (masih terbayang saat ini... rasa nak lari dan peluk hubby secara kuat) dan tiba dipertengahan jalan... hubby dan Ahmad Haikal dah tak dapat meneman lagi. Lambaian dari hubby je yang cujie nampak...

ehem ehem... besok la sambung lagi... maklum sahaja la pinggang macam rasa nak tercabut...

Friday, November 20, 2009

Setiba di HKL

Hubby terus keluar dari perut kereta... ambil wheelchair untuk sorong cujie masuk ke dalam. Tapi attendance hospital terus dapatkan cujie untuk hulur bantuan sambil tanya sakit apa... angah dah ambil tempat bersoal jawab. Tunggu giliran untuk masuk ke bilik doktor... tapi sebelum itu nurse ambil tekanan darah dan tanya skala kesakitan pada ketika itu.

Hampir 15 minit menunggu... cujie masuk ke dalam bilik doktor. Bertanyakan kesakitan... sakit seperti contraction. Terus doktor tersebut suruh angah sorong cujie ke zon separa kritikal (warna kuning). Ketika di sana... doktor dah penuh berkerumun sambil scan dan beri ulasan tentang scan dan kandungan cujie. Doktor lebih bertindak cepat bila cujie kata cujie pregnant semasa pakai iucd. Terus tolak ke zon kritikal (warna merah). Di sana... doc gynea tiba 5 minit kemudian... scan masih lagi dibuat. Sambil nurse dah pasangkan tube untuk masuk air di kiri dan kanan tangan sambil itu pasangkan oksigen.

Datang Doc Nathan iaitu pakar O&G... mengatakan kemungkinan cujie etopic pregnancy. Kerana ovari sebelah kanan agak bengkak dan kelihatan seperti ada kantung. Dan dia memutuskan untuk buat observation dan warded. Pada hari cujie diberikan pethadine untuk tahan sakit. Dapatlah cujie tidur lena buat seketika.

Dan pada hari ahadnya... cujie masih diambil ujian darah dan scan kandungan. Masih lagi seperti biasa... doc tak dapat pastikan cujie etopic pregnancy atau tidak kerana masih bergantung dengan ujian darah. Dan kebetulannya pula, hari ahad lab tutup... so blood test tak dapat dilakukan. Hubby dan cujie tertanya-tanya apa sebab... kemungkinan. Jadi hubby pon bertanya dengan Doc Michael... dia terangkan secara perlahan-lahan agar kami faham. Segala kemungkinan kami terima dengan hati yang redha.

Dan tibalah hari Isnin... iaitu hari kelahiran cujie ke 28 tahun. Tiada yang indah... cuma sangat bahagia di sisi suami tercinta. Yang setia menemani hingga saat ini... indah sungguh kasih dia buat isterinya. Tak pernah berkerut tak pernah merungut beri perhatian pada cujie. Dibawanya Ahmad Haikal masa waktu melawat... jadi lebih indah dari hari biasa. Kalau ada Alesha lebih baik.

Alahai penat pinggang ni... apa kata kita berehat sebentar... esok jumpa lagi...

Thursday, November 19, 2009

Pregnant with IUCD...

Rasa kekok plak menaip entry baru ni... macam dah lama sangat tak tengok lappy. Pening tengok huruf banyak sangat.

Entry ni khas bagi memperingati kejadian yang paling menyentap perasaan. Moga kekal diingatan... dan pedoman buat kalian dan diri cujie sendiri.

Cujie telah disahkan pregnant ketika masih memakai iucd. Apabila disahkan pregnant yang ketika itu dalam 6 minggu, cujie ke klinik LPPKN untuk remove iucd tu. Doc yang bertanggungjawab hanya buat upt sekali lagi. Dan terus remove iucd. Tapi rasa sakit seperti senggugut masih ada... tetap tidak selesa.

Seminggu sudah berlalu... hari rabu sakit perut lagi dalam skala 5. Esok pergi kerja seperti biasa... selepas balik dari skypark airport, cujie sakit perut amat sangat dalam skala 8. Sampai rasa nak pengsan dah waktu tu... tapi alhamdulillah dalam 3 jam kemudian beransur reda. Jumaat berkerja seperti biasa... sambil ym dengan Yanz. Yanz beri nasihat suruh pergi klinik. Jadi pada hari tu juga cujie ke klinik after maghrib. Scan menunjukkan kantung dalam keadaan abnormal. Tidak bulat cantik... keadaannya leper.

Tapi masuk je ke dalam kereta sakit perut datang semula... masih lagi dalam skala 8. Hubby papah naik ke rumah... dan baringkan... tertidur. Tetiba tersedar dek speaker surau yang mengalunkan kalam Allah. Hampir tiba waktu subuh... sakit perut tu muncul semula kali ni dalam skala 10... paling sakit.... peluh sejuk dah menitis di dahi. Hubby bergegas bangun bersiap dan ke hospital. Sepanjang perjalanan... sakit tak menurun. Hingga kering tekak... waktu tu nak menunduk pun sakit sangat.

Berhenti seketika di kampung baru ambil angah untuk tengokkan anak-anak cujie. Kesian diorang... masih mengantuk di usung sana sini. Kemudian terus ke HKL di bahagian emergency.

(sambung esok la... penat dah ni...)